Jumaat, 12 Disember 2014

Jumaat, Disember 12, 2014
8 Gambar: Penumpang Ganas, Ancam Letup Bom, Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik  | Gara-gara tindakan ganas dua orang penumpang, sebuah pesawat Air Asia FD9101 terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang Don Mueang, Bangkok yang ketika itu dalam separuh jalan ke Nanjing, China.

Penumpang Ganas, Ancam Letup Bom, Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik

Menurut laporan dari seorang pengguna Weibo yang berada di dalam penerbangan tersebut, pesawat terpaksa berpatah balik selepas satu pasangan China mengasari seorang pramugari, mengancam untuk melompat keluar dari kapal terbang dan meletupkan pesawat.

Penumpang Ganas, Ancam Letup Bom, Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik

Pengguna itu juga menceritakan kejadian bermula dengan seorang wanita berusia 20 tahun dari Nanjing, yang duduk berasingan dari teman lelakinya, mencurahkan air panas kepada seorang pramugari yang menghantar mee segera untuk wanita tersebut.

Penumpang Ganas, Ancam Letup Bom, Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik

Menurut laporan dari BangkokPost, kejadian berpunca kerana pasangan itu tidak berpuas hati kerana mereka diletakkan ditempat duduk berasingan dalam pesawat itu. Difahamkan pasangan itu adalah dari satu rombongan pelancongan dan bukannya membeli tiket secara persendirian. Oleh kerana itu tempat duduk mereka diatur mengikut abjad.

Penumpang Ganas, Ancam Letup Bom, Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik

Lebih memburukkan keadaan, teman lelaki wanita berkenaan mengancam untuk meletupkan pesawat manakala wanita terbabit pula mengancam mahu membunuh diri.

Penumpang Ganas, Ancam Letup Bom, Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik

Pesawat itu terpaksa berpatah balik ke Don Mueang dan pihak polis telah pun menunggu untuk menahan kedua-dua mereka. Bagaimanapun, kedua-duanya enggan keluar dari pesawat tersebut.

Penumpang Ganas, Ancam Letup Bom, Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik

Pasangan kekasih tersebut akhirnya dikeluarkan dari pesawat tersebut secara paksaan. Gambar kejadian telah dirakamkan oleh penumpang pesawat lain yang dikongsikan di laman web weibo.

Penumpang Ganas, Ancam Letup Bom, Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik
Penumpang Ganas, Ancam Letup Bom, Pesawat Air Asia Terpaksa Berpatah Balik

sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2014/12/gambar-pesawat-air-asia-terpaksa-patah.html
http://online.thatsmags.com/post/bangkok-nanjing-flight-forced-back-after-chinese-passengers-assault-stewardess


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.