Ahad, 28 Disember 2014

Ahad, Disember 28, 2014
Pesawat Air Asia  AWQ 8501 Dari Surabaya Ke Singapura HILANG! | Selepas peristiwa menakutkan menimpa MAS dengan kehilangan MH370 dan MH17, kali ini sebuah lagi pesawat berpangkalan di Malaysia iaitu AirAsia hilang dari radar pusat kawalan.

Pesawat Air Asia  AWQ 8501 Dari Surabaya Ke Singapura HILANG!

Pesawat AirAsia AWQ 8501 dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Surabaya ke Changi,  Media Indonesia melaporkan, pesawat yang membawa 155 penumpang dilaporkan hilang di ruang udara sekitar Pulau Kalimantan selepas berangkat pada 5.20 pagi (waktu Indonesia Barat).

Pesawat terbabit sepatutnya mendarat di Singapura pada jam 8.30 pagi (waktu tempatan). Pihak AirAsia akan memberi kenyataan pada bila-bila masa.


Direktor Angkutan Udara Kementerian Perhubungan Indonesia, Djoko Murjatmojo mengesahkan pesawat tersebut hilang dalam pemantauan radar.

"Ketika ini saya berada di menara kawalan untuk menunggu laporan yang masuk."

Pesawat Air Asia  AWQ 8501 Dari Surabaya Ke Singapura HILANG!

Pesawat Airbus A320-200 itu dipercayai membawa 155 orang penumpang dan anak kapal dan kini operasi mencari dan menyelamat sedang dipergiatkan.

AirAsia sudah menubuhkan Pusat Talian Kecemasan kepada keluarga dan waris penumpang dan mereka boleh menghubungi talian itu di +622129850801.

Difahamkan, seorang rakyat Malaysia berada di dalam pesawat tersebut.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang sedang dijalankan dan AirAsia bekerjasama penuh membantu perhidmatan menyelamat,” menurut kenyataan Air Asia hari ini.

Pihak kementerian, menurutnya, akan memberikan keterangan rasmi berhubung kehilangan pesawat AirAsia tersebut.

sumber
FB myMetro
http://www.hmetro.com.my/node/19578


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.