Rabu, 10 Disember 2014

Rabu, Disember 10, 2014
Peserta Kurang Ajar, Baling Pewarna Kepada Polis | Dah la pihak polis tolong jaga keselamatan derang, ada ke patut dibaling juga pewarna kearah brader polis ni. Tak ke kurang ajar bin bongok namanya tu? Kalau tengok gambar (walaupun blur) dah tahu dah perbuatan sapa...memang spesis tak reti bersyukur derang nih. Selain polis, pihak media pun derang baling jugak....

Peserta Kurang Ajar, Baling Pewarna Kepada Polis

"Orang awam dinasihatkan supaya menghormati tugas anggota polis," kata Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid yang mengulas kejadian salah seorang peserta larian didakwa sesuka hati membaling pewarna kepada anggota polis yang bertugas.

Segelintir media yang berada di tempat kejadian turut berpendapat kejadian berkenaan tidak wajar berlaku memandangkan anggota keselamatan tersebut sedang menjaga keselamatan awam dan bukan untuk berseronok.

Acara larian yang berlangsung di Padang Kota Lama pada minggu lalu itu bertemakan warna warni yang mana serbuk pewarna akan dibaling sesama peserta.

Menurut sumber, peserta itu kemudiannya membaling serbuk warna dengan sesuka hati termasuk mencampakkannya ke arah media dan anggota polis.

“Kami daripada media juga agak marah kerana habuk tersebut terkena kamera sehingga menyukarkan kami untuk mengambil gambar. Malah seorang anggota polis turut terkena perkara sama.

“Anggota itu kemudiannya menegur sikap semberono peserta lelaki tersebut dan dari perbualannya dia agak kesal kerana selepas bertugas untuk menjaga keselamatan peserta di situ, dia pula akan mengiringi kerabat diraja Perak.

“Sudah tentu dia perlu kelihatan kemas untuk membuat tugasan rasmi. Pada saya walaupun berseronok, tetapi janganlah melampaui batasan,” katanya.

Sehingga kini tiada sebarang laporan polis dibuat berhubung insiden berkenaan.

“Kita juga tidak mengenal pasti individu yg melakukan perbuatan tersebut. Walau bagaimanapun saya ingin nasihatkan orang ramai supaya menghormati pegawai polis yang sedang bertugas mengawal keselamatan dan lalu lintas ketika sesuatu upacara sedang berlangsung.

“Bagaimanapun ia satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kalau sengaja dilakukan dengan niat untuk menghalang penjawat awam atau polis dari menjalankan tugasnya,” katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/baling-pewarna-kepada-polis-1.340639


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.