Jumaat, 26 Disember 2014

Jumaat, Disember 26, 2014
Polis Nafi 10 Mati Lemas Akibat Terperangkap Dalam Rumah Di Guchil Kuala Krai | Polis Kelantan menafikan khabar angin yang disebarkan menerusi media sosial kononnya 10 orang dipercayai mati lemas akibat terperangkap di dalam rumah di Guchil, Kuala Krai akibat banjir.

Polis Nafi 10 Mati Lemas Akibat Terperangkap Dalam Rumah Di Guchil Kuala Krai
Antara sebaran Whatsapp yg diterima
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim turut menyifatkan sebagai berita palsu kononnya 40 pesakit di Hospital Kuala Krai mati akibat ketiadaan bantuan oksigen.

"Mesej-mesej (melalui aplikasi) WhatsApp yang tidak betul ini tidak sepatutnya diviralkan kerana ianya akan memburukkan lagi keadaan. Sepatutnya mereka ini membantu mangsa-mangsa berkenaan," katanya.

Beliau berkata polis akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang membuat fitnah dan cerita bukan-bukan itu.

"Pihak polis memantau perkara ini supaya ianya tidak menjadi masalah semasa  banjir ini," katanya.

Mazlan berkata pihaknya penyebaran maklumat tanpa memetik sumber sah merupakan kesalahan di bawah Akta Kanun Keseksaan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Supt Ab Rahim Che Ghani berkata pihaknya tidak menerima sebarang aduan berkaitan kedua-dua kejadian  berkenaan.

"Jangan percaya kepada maklumat dalam laman sosial Facebook. Rujuk kepada polis untuk  mendapatkan pengesahan," katanya. - Bernama


sumber
http://www.astroawani.com/news/show/polis-nafi-10-mati-lemas-di-kuala-krai-50992


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.