Jumaat, 19 Disember 2014

Jumaat, Disember 19, 2014
Polis Pulang Buku "Mari Memuji Tuhan Allah Kita" | Polis Ledang memulangkan semula 31 buku "Mari Memuji Tuhan Allah Kita" yang dirampas 5 Disember lalu kepada Paderi Cyril Mannayagam, kira-kira 10 malam tadi.

Polis Pulang Buku "Mari Memuji Tuhan Allah Kita"

Cyril, 44, berkata, semua buku itu dikembalikan oleh pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ledang.

"Semua buku ini untuk kegunaan lebih 100 masyarakat Orang Asli di Bekoh.

"Ia mengandungi nyanyian pujian dan sajak karya Orang Asli yang juga penganut Katholik.

"Ia hanya digunakan di dalam kelompok komuniti mereka saja," katanya ketika ditemui di luar IPD Ledang.

Terdahulu, Father Cyril dilaporkan telah menghantar buku bertajuk Mari Kita Memuji Allah Kita untuk difotokopi pada 5 Disember apabila salinan asal dan 30 naskah buku fotokopi itu dirampas.

Polis Pulang Buku "Mari Memuji Tuhan Allah Kita"-Paderi Cyril Mannayagam

Menurut laporan, polis menjelaskan bahawa buku-buku tersebut dirampas kerana ia dianggap sensitif berikutan penggunaan perkataan "Allah" selain terdapat gambar gereja dengan lambang salib di muka depan buku itu.


Polis juga mengklasifikasikan kes itu di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan, atau perasaan permusuhan, kebencian atau niat jahat atas dasar agama.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/17219


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.