Isnin, 15 Disember 2014

Isnin, Disember 15, 2014
Polis Rampas 31 Buku "Mari Kita Memuji Allah Kita" | Pihak polis merampas sebanyak 31 naskhah buku bertajuk "Mari Kita Memuji Allah Kita" serta mempunyai lambang salib di hadapannya di sebuah kedai fotostat di Tangkak, Ledang, pada 5 Disember lalu.

Polis Rampas 31 Buku "Mari Kita Memuji Allah Kita"

Ketua Jabatan Siasatan Jena-yah Negeri, Datuk Hasnan Hassan berkata, seorang paderi aliran Katolik dan seorang pengikutnya turut ditahan serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ledang untuk dirakam percakapannya.

“Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Sebelum ini, seorang paderi Gereja St. Andrew di Muar, Cyril Mannayagam mendakwa buku milik-nya yang berjudul "Kepujian Kepada Tuhan Allah" dirampas dan pihak polis sehingga kini masih belum memulangkannya.

Beliau mendakwa, buku berke-naan untuk kegunaan gereja di Muar dan 100 penganut Kristian daripada pengikut Orang Asli di Bekok, Tangkak yang sudah bekerjasama dengannya sejak empat tahun lalu.

Cyril turut melahirkan kekecewaan dengan rampasan tersebut dan memaklumkan akan membawa perkara berkenaan ke mahkamah jika buku miliknya tidak dikembalikan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ledang, Deputi Superitendan Zainal Mohamed Mohamed berkata, rampasan 31 naskhah berkenaan dibuat selepas menerima aduan orang awam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan kesalahan atas alasan agama yang boleh menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci, niat jahat atau memudaratkan keharmonian atau perpaduan.

sumber
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/31-buku-mempunyai-lambang-salib-dirampas-1.36573#sthash.uQqJlKNY.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.