Khamis, 11 Disember 2014

Khamis, Disember 11, 2014
Punca Sebenar Pemandu Teksi HERET Motorsikal Di KL | Sebelum ini kecoh dimedia sosial mengenai tindakan sebuah teksi Proton Perdana yang mengheret motorsikal dari Selayang hingga Jalan Loke Yew, namun punca sebenar tindakan pemandu tersebut tidak diketahui....

Punca Sebenar Pemandu Teksi HERET Motorsikal Di KL

Kini menerusi Metro, pemandu teksi berbangsa India tersebut memberitahu, punca dia mengheret motorsikal tersebut kerana beliau cuba DISAMUN!!!!

"Mereka nak samun, saya takut dan terus melarikan diri," kata Mahindran, 51, pemandu teksi yang menjadi viral di laman sosial apabila didakwa melarikan diri selepas melanggar penunggang motosikal berdekatan kedai serbaneka di Jalan 29, Selayang Jaya di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 7.30 petang itu, bapa kepada lima anak itu berkata, dia didatangi dua lelaki menunggang motosikal ketika dia melakukan pemeriksaan pada bateri teksinya.

Menurutnya, dua penunggang motosikal terbabit secara tiba-tiba meminta wang, menyebabkan dia takut dan terus masuk ke dalam kereta untuk melarikan diri.


"Bagaimanapun, seorang daripada suspek meletakkan motosikalnya di hadapan kereta dengan niat menghalang saya melarikan diri. Saya bimbang dicederakan dan nekad merempuh motosikal itu," katanya.

Menurutnya, dia terus memandu sehingga memasuki lebuh raya apabila seorang penunggang motosikal terbabit cuba memecahkan cermin teksinya itu.

#Well....memang banyak kes samun bermotorsikal kat KL nih...apapun semoga pihak polis membuat siasatan lanjut....

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/15268#sthash.KpvmvaQJ.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.