Selasa, 16 Disember 2014

Selasa, Disember 16, 2014
Punca Sebenar PU Yeop Tertinggal Anak Di RNR Gurun | TERLUPA dan terlalu memikirkan ceramah....inilah punca sebenar Pencetus Ummah Yeop tertinggal anaknya di RNR Gurun yang ketika itu pergi ke tandas....-seperti yang diberitakan Sinar dibawah.

Punca Sebenar PU Yeop Tertinggal Anak Di RNR Gurun

"Ketika kami sampai di R&R itu, dia mengadu sakit perut dan nak berhenti buang air, maka saya pun berhenti. Selepas dia keluar dari kereta ke tandas, entah macam mana tidak lama selepas itu, saya terlupa hal dia yang belum masuk kereta dan teruskan perjalanan.

Mungkin kerana terlalu memikir selepas itu saya ada ceramah di Kuala Kangsar," kata pendakwah PU Yeop mengimbas insiden beliau tertinggal anaknya, Muhammad Iskandar Zulqarnain, 8,  di sebuah stesen minyak di Kawasan Rehat & Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara Selatan di Gurun, Kedah, Ahad lalu.

Menurut PU Yeop hanya setelah sampai di rumahnya di Simpang, Taiping, baru dia tersedar seorang daripada enam anaknya yang bersama dalam perjalanan dari Perlis sebelum itu, tidak ada.

"Tiba-tiba saya teringat, saya turunkan dia di stesen minyak R&R Gurun kira-kira dua jam sebelum itu. Sampai di rumah, baru saya tersedar anak saya tak cukup seorang. Nak patah balik (ke Gurun)... dalam tempoh dua jam itu, macam-macam boleh jadi. Cemas memanglah cemas tapi saya tak boleh ikutkan perasaan. Mahu tak mahu saya kata kepada isteri, kita kena bertenang. Kita usaha elok-elok. Kalau kelam kabut, apa pun tak jadi.

"Sebagai bapa, siapa tidak sayangkan anak, darah daging sendiri? Tapi kalau saya sendiri buat kelam kabut, tidak bertenang, emaknya lebih lagi.

Tambahan pula, saya ada ceramah yang nak kena pergi di Kuala Kangsar. Saya tak boleh tak pergi, habis majlis orang yang sudah buat persiapan. Sebab itu, saya tak boleh nak berpatah balik ke Gurun walaupun anak sendiri hilang," katanya.

Dalam keadaan itu, bagi Yeop apa yang paling penting ialah betul-betul berserah kepada ALLAH untuk lindungi anaknya itu.

"Saya tidaklah berserah saja, saya telefon polis, saya juga telefon tanya Plus, minta tolong cari anak saya. Saya kira lepas selesai ceramah di Kuala Kangsar itu, baru saya akan putuskan apa yang saya sendiri akan buat," katanya.

Mengimbas perjalanan dalam tempoh selama dua jam dari Gurun ke Taiping, Yeop berkata, dia sendiri tidak habis fikir macam mana dia sendiri, isterinya dan anak-anaknya yang lain boleh terlupa Muhammad Iskandar Zulqarnain tidak masuk kereta ketika mereka meneruskan perjalanan.

"Ini ujian ALLAH untuk saya dan keluarga," katanya.


Sedar dirinya dalam ujian, bagi Yeop itulah peringatan untuk beliau dan keluarganya bersikap tenang hadapi keadaan itu," katanya.

Penyerahan dan doa Yeop ternyata dimakbulkan ALLAH. Habis ceramah, beliau pulang ke rumah. Tidak lama kemudian, Muhammad Iskandar Zulqarnain sudah ada di depan pintu rumah.

"Rupa-rupanya ada orang yang baik hati jumpa dia di stesen minyak itu. Keluarga itu dari Changlun, Kedah dalam perjalanan ke Bagan Serai ke rumah kenduri saudara mereka," katanya.

Mengulas apa yang berlaku kepada anaknya, Yeop mengakui, punca kejadian itu kerana kecuaian beliau sendiri.

"Orang boleh kata apa saja kepada saya, dan bagi saya, ALLAH menguji saya. Ini jadi peringatan untuk diri saya sendiri. Kita masing-masing kena beringat selalu, tak boleh leka macam saya. Paling penting, macam mana kita kendalikan diri, keadaan sekeliling, anggota keluarga apabila berlaku kecemasan seperti itu supaya tidak bertambah cemas dan panik. Sebaiknya maklumkan segera dengan pihak berkuasa, dengan kemudahan teknologi seperti WhatsApp dan Facebook sedikit sebanyak membantu kita,” katanya.

#Betul la tu...perkara begini boleh berlaku pada sesiapa pun...tak perlulah nak mengutuk atau mengata bagai...belum kena kat diri sendiri mungkin boleh cerita macam2...tapi kalau dah terkena...baru ada akai...

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/pu-yeop-tak-sedar-anak-hilang-1.342089


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.