Isnin, 15 Disember 2014

Isnin, Disember 15, 2014
Putri Mardiana Di Cekup Bersama Suami Orang | Menurut sumbar dari Astro Gempak, Putri Mardiana Zainal Abidin, mendedahkan pasangan yang dicekup bersama pelakon tersebut berstatus suami orang.

Putri Mardiana Di Cekup Bersama Suami Orang

Sumber yang enggan identitinya didedahkan memberitahu, Putri Mardiana telah dicekup dengan suami orang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah dan dipercayai mula berkenalan sejak setahun yang lalu.

“Shahrizam berstatus suami dan mempunyai seorang anak perempuan yang masih kecil berusia 2 tahun.

"Tidak dinafikan Shahrizam dan isterinya mempunyai masalah rumahtangga dan sedang ‘turun-naik’ mahkamah.

"Rumahtangga mana yang tidak ada pasang surutnya, tetapi tidak sepatutnya si isteri diperlakukan sedemikian rupa,” dedah sumber kepada Astro Gempak.

Menerusi ‘Whatsapp’ yang dikirim kepada Astro Gempak pada Ahad, sumber turut mendedahkan foto lelaki yang didakwa kekasih pelakon yang sinonim dengan filem seram tersebut.

"Shahrizam atau ‘Ejump’ ni aktif dengan sukan kereta, rasanya mereka berkenalan ketika si pelakon itu sedang bercinta dengan seorang lelaki lain (bujang).

"Boleh dikatakan pelakon wanita tersebut main kayu tiga la...Di belakang kekasihnya, dia senyap-senyap menjalin hubungan dengan ‘Ejump’.

"Apa yang kami (rakan-rakan) kesalkan, Putri Mardiana seorang ibu dan pernah bergelar isteri…Masakan dia tidak dapat memahami perasaan seorang wanita lain? Mengapa tidak diletakkan dirinya di tempat isteri ‘Ejump’? " luah sumber menerusi nota suara Whatsapp.

sumber
http://www.astrogempak.com.my/ArticleDetails/tabid/597/ArticleID/141592/Puteri-Mardiana-Dicekup-Dengan-Suami-Orang-%E2%80%93-Sumber.aspx


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.