Selasa, 30 Disember 2014

Selasa, Disember 30, 2014
QZ8501: Hanya 3 Mayat Bukan 49 Seperti Di Dakwa Sebelum Ini | Ketua Badan SAR Nasional Indonesia (BASARNAS), Bambang Soelistyo, berkata hanya tiga mayat yang ditemui dari kawasan pencarian pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa selepas seorang pegawai lain menyatakan 40 mayat sudah ditemui.

QZ8501 : Hanya 3 Mayat Bukan 49 Seperti Di Dakwa Sebelum Ini

"Hari ini kami membawa keluar tiga mayat dan mereka berada dalam kapal perang Bung Tomo," katanya pada sidang media di sini sambil menambah mayat yang ditemui ialah dua wanita dan satu lelaki.

Sekurangnya 40 Mayat Mangsa QZ8501 Telah Di Jumpai

Terdahulu, jurucakap tentera laut Indonesia, Manahan Simorangkir, memberitahu AFP bahawa berdasarkan komunikasi radio, sebuah kapal perang sudah menemui lebih 40 mayat.

Namun kemudian beliau menyatakan laporan itu berpunca daripada kesilapan komunikasi antara anggotanya.

QZ8501 : Hanya 3 Mayat Bukan 49 Seperti Di Dakwa Sebelum Ini

Pesawat Airbus A320-200 itu membawa 162 penumpang dan anak kapal itu dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura apabila ia terhempas. - AFP

sumber
http://www.bharian.com.my/node/26223


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.