Selasa, 30 Disember 2014

Selasa, Disember 30, 2014
QZ8501: Serpihan Di Jumpai Sah Milik Pesawat AirAsia | Serpihan seperti gelongsor kecemasan dan pintu pesawat serta objek lain dikesan terapung di laut semasa pencarian melalui udara hari ini bagi pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang hilang sejak kelmarin.


QZ8501: Serpihan Di Jumpai sah Milik Pesawat AirAsia

Jurugambar AFP yang berada dalam pesawat yang menyertai operasi mencari dan menyelamat itu berkata, beliau melihat objek seperti jaket dan rakit keselamatan serta tiub jingga terapung di laut.

Pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto, memberitahu wartawan: "Kami mengesan kira-kira 10 objek besar dan banyak lagi objek kecil putih yang kami tidak dapat rakamkan. 

QZ8501: Serpihan Di Jumpai Sah Milik Pesawat AirAsia

Kedudukannya ialah 10 kilometer dari lokasi pesawat berkenaan dikesan kali terakhir oleh radar."

Putranto menunjukkan 10 gambar objek seperti pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan kotak empat segi.

QZ8501: Serpihan Di Jumpai Sah Milik Pesawat AirAsia

"Ia tidak begitu jelas...ia mungkin dinding pesawat atau pintu pesawat. Marilah kita berdoa agar objek berkenaan adalah apa yang kita cuba ketemukan," katanya di Pangkalan Bun di Kalimantan Tengah.

Pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang membawa 162 penumpang dan anak kapal dari Surabaya ke Singapura itu hilang pagi kelmarin ketika berada di ruang udara Laut Jawa. - AFP

QZ8501: Serpihan Di Jumpai Sah Milik Pesawat AirAsia

Bagaimanapum, serpihan yang ditemui di Selat Karimata pagi tadi disahkan milik pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia.

Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam Indonesia, Djoko Murjatmodjo, sebentar tadi.

"Buat masa ini ia boleh disahkan bahawa serpihan itu adalah pesawat AirAsia Indonesia dan Menteri Pengangkutan akan berlepas ke Pangkalan Bun tidak lama lagi," katanya. - AFP

sumber
http://www.bharian.com.my/node/26117
http://www.bharian.com.my/node/26132


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.