Rabu, 24 Disember 2014

Rabu, Disember 24, 2014
Rakaman Rintihan Mangsa Banjir Di Manik Urai | Satu rakaman mangsa banjir di Manik Urai mendakwa mereka kini terperangkap dikawasan pemindahan banjir dan sehingga rakaman itu dibuat belum ada lagi bantuan yang sampai kepada mereka.

Rakaman Rintihan Mangsa Banjir Di Manik Urai

Rakaman suara wanita tersebut mendakwa air banjir kini telah pun naik hingga ke tingkat 2 di bangunan yang mereka duduki.

Tambahnya sehinnga rakaman itu dibuat, tiada seorang anggota polis yang datang untuk menyelamatkan mereka.

Selain itu mangsa juga memberitahu yang mereka mungkin akan berpindah ke atas bukit jika keadaan bertambah buruk.

500 Mangsa Banjir Manik Urai Berasa Lega Bantuan Tiba

Sekeping gambar di FB juga menunjukkan mangsa di Sekolah Kebangsaan Manik Urai Manik Urai yang terperangkap di tingkat 4.

Di harap pihak berkuasa menghantar pasukan penyelamat untuk menyiasat tentang kebenaran berita ini sebelum terlambat.

Ikuti rakaman tersebut dibawah...





#Update: Selain itu Astro Awani juga melaporkan seorang guru Rosnan Helmy dan beberapa penduduk kampung yang berada di Kuala Krai, Kelantan memberitahu mereka masih terperangkap di masjid dan berada di tingkat 2. Mereka juga masih menunggu bantuan dari pihak berkenaan.




0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.