Jumaat, 26 Disember 2014

Jumaat, Disember 26, 2014
Rakaman Video 2 Saudara Lemas Ketika Mandi Di Kampung Raja | Dua lelaki mati lemas ketika mandi di Sungai Raja berhampiran Kampung Dusun Raja, Pengkalan Chepa, pada 25 disember 2014, menurut polis.
 
Rakaman Video 2 Saudara Lemas Ketika Mandi Di Kampung Raja

Dalam kejadian kira-kira 6.30 petang itu, Muhammad Anwaruddin Rosdin, 24, dan sepupunya Adlizil Ikram Abd Rahim, 25, sedang mandi di sungai itu apabila Muhammad Anwaruddin dihanyutkan arus deras.
 
Sepupunya itu cuba menyelamatkannya dan menyebabkan kedua-duanya hilang dibawa arus deras, kata Ketua Polis Daerah Kota Baharu, Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa.
 
"Mayat kedua-duanya telah dijumpai," katanya.
 
Katanya, mayat kedua-duanya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk bedah siasat. - Bernama

#Alfatihah buat kedua-dua allahyarham...semoga roh mereka ditempatkan dikalangan orang-orang Islam yang beriman dan beramal soleh. Di bawah rakaman video yang telah tersebar luas di media sosial.



sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/dua-lelaki-mati-lemas-di-pengkalan-chepa-1.344793


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.