Isnin, 1 Disember 2014

Isnin, Disember 01, 2014
Rapper Korea Mohon Maaf Mix Lagu Dengan Azan | Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi dengan meremixkan salah satu lagunya dengan laungan azan. Lagu yang berjudul Act Serius itu telah mula dimuat naik di Youtube pada 27 Nov lepas.

Rapper Korea Mohon Maaf Mix Lagu Dengan Azan

Laungan azan (Allahuakbar) ketika itu, boleh didengar pada bahagian awal lagu berkenaan. Lebih teruk dari itu, laungan azan itu juga digubah mengikut selera rapper berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemilik channel yang memuatnaik lagu berkenaan telah meminta maaf dan menapis lagu kontroversi itu dengan mengerat bahagian yang mempunyai azan setelah lagu itu menerima kecaman hebat dari orang ramai.

Selain itu rapper berkenaan juga telah meminta maaf secara rasmi kepada orang islam yang tersinggung dengan lagunya itu melalui laman twitternya.

Rapper Korea Mohon Maaf Mix Lagu Dengan Azan

Tetapi, ramai yang bertindak memuat naik semula lagu original yang tidak ditapis ke Youtube. Orang ramai diminta untuk melaporkan lagu ini(yang belum ditapis) kepada youtube supaya ia dibuang dari Youtube. Youtube akan membuang satu-satu video sekiranya ia mendapat reaksi negatif dari orang ramai.

sumber
http://www.siakapkeli.com.my/2014/11/rapper-korea-cetus-kontroversi-remix.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.