Rabu, 10 Disember 2014

Rabu, Disember 10, 2014
Remaja Berdoa Nyawanya Di Cabut Di Facebook, Lalu Di Makbulkan | Doa itu senjata paling mustajab bagi umat Islam. Apatah lagi bagi insan yang sering tertindas.

Remaja Berdoa Nyawanya Di Cabut Di Facebook, Lalu Di Makbulkan

Kini dunia dengan alaf baru, media sosial seperti Facebook dan Twitter sering menjadi landasan untuk mengeratkan persahabatan bahkan juga silaturahim. Selain itu, media sosial ini juga sering dijadikan tempat berdoa, memohon Ilahi agar  diperkenankan doanya.

18 Julai lalu, seorang remaja, Rizki Ramadhan,18 tahun,warga Kampung Bongas, Sukakarsa, Sukarame, Kabupaten Tasikmalaya telah berdoa agar tuhan mencabut nyawanya kerana baginya tiada guna lagi hidup didunia sedangkan tiada yang sayang lagi padanya.
Ku Ingiin Pulang Tuhan ({}) Cabut La̅ђ nyawaku ini skrng tuhan buat apa ku hidup di dunia ini tanpa ada seorang pun Ўªήğ sayang sama aku 
Remaja Berdoa Nyawanya Di Cabut Di Facebook, Lalu Di Makbulkan

Dan akhirnya sekitar 6 August 2014, Allah S.W.T telah memperkenan doanya itu menerusi satu kemalangan jalanraya apabila beliau gagal mengawal motorsikalnya dan bertembung dengan sebuah lori. Allahyarham terjatuh dan digilis... beliau meninggal disitu juga.

Mungkin status ini satu kebetulan, atau mungkin juga allahyarham hanya inginkan perhatian dari temannya dan mungkin juga dia telah "merasai" detiknya yang semakin hampir....apapun hanya Allah S.W.T yang lebih mengetahui segalanya.

Bagi kita yang masih hidup ini, ingatlah berdoalah untuk kebaikan dan kesejahteraan kerana Allah S.W.T itu Maha Kuasa dan Maha Mendengar...semoga segala amal dan perbuatan allahyarham diterima olehNYA. Amin.



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.