Sabtu, 20 Disember 2014

Sabtu, Disember 20, 2014
Remaja Maut Di Timbus Lombong Emas | Seorang remaja berusia 17 tahun maut selepas ditimbus tanah runtuh ketika melombong emas di lombong emas haram bersama penduduk, di Ulu Luit, Sri Jaya, semalam.

Remaja Maut Di Timbus Lombong Emas

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohd Shahril A Wahab@Amin, 17,dari FELDA Sri Desa, FELDA Kampung New Zealand, Maran meninggal dunia di tempat kejadian akibat sesak nafas.

Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa penduduk masuk ke lombong itu sebelum masing-masing ghairah mendulang emas tanpa menghiraukan keadaan hujan.

"Mangsa ditimbus tanah runtuh akibat hakisan dan terperangkap hampir sejam sebelum mayatnya dikeluarkan oleh pelombong lain dan dibawa ke klinik kesihatan Maran sebelum dirujuk ke Hospital Jengka untuk dibedah siasat,” katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/17485


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.