Rabu, 10 Disember 2014

Rabu, Disember 10, 2014
Romie Sah Ceraikan Nur Liyana | Romie Razin Adilha Abd Jais dan isterinya Nur Liyana Manan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 9 Dis 2014.

Romie Sah Ceraikan Nur Liyana

Romie, 34, melafazkan talak satu itu dihadapan Hakim Syarie Azmi Aziz selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Nur Liyana, 29, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Azmi kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Nur Liyana menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama Shah Alam dan sijil nikah dibatalkan.

Mahkamah juga merekodkan perjanjian yang dipersetujui antara Nur Liyana (plaintif) dan Romie (defendan) iaitu defendan perlu membayar nafkah edah sebanyak RM5,000 selama tiga bulan dan akan dibayar pada akhir tempoh edah.

Selain itu mahkamah merekodkan persetujuan plaintif yang tidak akan menuntut mutaah daripada bekas suaminya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/14908


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.