Ahad, 21 Disember 2014

Ahad, Disember 21, 2014
Rosyam Nor Maafkan Hamleys | Isu pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor yang memuat naik status di Twitter betapa dia kecewa dengan kakitangan kedai menjual alat permainan di sebuah pusat membeli-belah di Petaling Jaya yang meminta anak perempuannya, Nurlisa, 17, membuka tudung jika mahu bekerja di situ, Khamis lalu sehingga menjadi ‘viral’, menemui noktah petang tadi.

Rosyam Nor Maafkan Hamleys

Ini kerana, pengurusan kedai terbabit membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada Rosyam menerusi laman Facebook rasmi mereka dan Rosyam menerima permohonan maaf itu.

Pengurusan kedai berkenaan menafikan mereka mempunyai polisi tidak membenarkan pekerja wanita beragama Islam memakai tudung, malah mengalu-alukan sesiapa saja yang ingin bekerja di situ tanpa mengira bangsa atau agama.

Rosyam Nor Maafkan Hamleys

Menurut kenyataan itu, siasatan yang dijalankan mendapati ia dilakukan salah seorang kakitangan baru mereka yang tidak mempunyai kuasa untuk menemuduga atau mengambil pekerja dan tindakan disiplin sudah diambil terhadap kakitangan terbabit.


Rosyam berkata, dia berharap perkara itu tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Rosyam Nor Maafkan Hamleys

“Saya maafkan mereka dan berharap perkara ini tidak akan berulang lagi,” katanya yang akan bertemu pengurusan kedai berkenaan.

#Kah..kah..kah...admin rasa nak gelak terguling2 dengan permainan derang nih...

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/17955
https://www.facebook.com/hamleysmalaysia


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.