Selasa, 2 Disember 2014

Selasa, Disember 02, 2014
Rozana Dakwa Sijil Nikah Dengan Awie Palsu! | Isteri Awie, Rozana Misbun hari ini membuat laporan di Balai Polis Butterworth, sekitar 3.30 petang tadi berhubung dakwaan sijil pernikahannya dengan Awie sejak sembilan tahun lalu dipercayai palsu.

Rozana Dakwa Sijil Nikah Dengan Awie Palsu!

Rozana, yang hadir bersama peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif terlebih dahulu hadir ke Bahagian Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 3 petang untuk membuat aduan sebelum diminta membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Nor Azmi, dia bersama anak guamnya hadir untuk membuat aduan dan semakan mengenai pengesahan sijil perakuan nikah antara Rozana dan Awie yang dipercayai palsu.

Beliau berkata, pihaknya tampil ke Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP untuk membuat aduan dan semakan selepas sijil perakuan nikah yang dikeluarkan Pejabat Agama Daerah Bukit Mertajam sebelum ini didapati tidak didaftarkan.

Menurutnya, pihaknya menerima surat daripada Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam JHEAIPP pada 4 Julai lalu mengesahkan surat perakuan nikah anak guamnya tidak didaftarkan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13503


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.