Khamis, 18 Disember 2014

Khamis, Disember 18, 2014
Sari Yanti SAH Cerai, Mahu Selesai Nusyuz Cara Baik | Sari Yanti dan bekas suaminya Mohd Edy Casmadi, dilaporkan telah  memilih untuk memohon penyelesaian kes nusyuz secara baik.

Sari Yanti SAH Cerai, Mahu Selesai Nusyuz Cara Baik

Walau bagaimanapun, perbicaraan yang berlangsung petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari telah ditangguhkan.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah menetapkan tarikh 9 Februari tahun hadapan sebagai perbicaraan penyelesaian kes nusyuz secara baik di antara dua belah pihak.

Sementara itu, peguam Syarie Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Mohd Edy Casmadi memberitahu pasangan ini telah pun bercerai secara tebus talak pada 11 December lalu.

Kes tersebut mengikut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Sembilan) 2003.

“Mereka telah pun bercerai secara tebus talak di Mahkamah Syariah Seremban yang mana pihak defendan iaitu Sari Yanti dikehendaki membayar RM10,000,” katanya ketika di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling.


Tambahnya lagi, kedua belah pihak dinasihatkan untuk tidak hadir ke mahkamah hari ini kerana kes masih lagi dalam proses perbincangan.

“Kes tidak dibicarakan hari ini. Jika mereka hadir sekali pun kes masih tidak dijalankan. Jadi, mereka dinasihatkan untuk tidak hadir ke mahkamah hari ini,” jelas Fakhrul.

Sari Yanti telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada 25 Februari lalu di Mahkamah Syariah Seremban, Negeri Sembilan.

Mohd Edy yang tidak bersetuju dengan tindakan Sari Yanti memfailkan permohonan tersebut telah mengemukakan permohonan nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 7 Mac lalu.

sumber
http://www.manggaonline.com.my/sari-yanti-bekas-suami-pilih-selesai-cara-baik/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.