Rabu, 17 Disember 2014

Rabu, Disember 17, 2014
Seorang Maut, 9 Termasuk Rakyat Malaysia Parah Belon Udara Terhempas | Seorang pelancong maut manakala sembilan yang lain termasuk rakyat Malaysia parah apabila belon udara panas yang dinaiki mereka terhempas di Cappadocia, Turki, hari ini.

Seorang Maut, 9 Termasuk Rakyat Malaysia Parah Belon Udara Terhempas

Dalam kejadian 8.15 pagi waktu tempatan itu, belon panas berkenaan berlepas dari pusat pelancongan Goreme sebelum terhempas ketika melalui lembah Guvercinilik.

Menurut laporan AFP, mangsa adalah rakyat dari China dan Malaysia. Mangsa dari Malaysia dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Seorang Maut, 9 Termasuk Rakyat Malaysia Parah Belon Udara Terhempas

Mangsa yang meninggal dikenali sebagai Tang Yi dan mangsa selebihnya dihantar ke hospital berdekatan.

Seorang Maut, 9 Termasuk Rakyat Malaysia Parah Belon Udara Terhempas

Pada tahun 2009, kejadian sama berlaku di kawasan itu mengorbankan seorang pelancong dari Britain dan sembilan pelancong lain cedera.



sumber
http://www.hmetro.com.my/node/16927#sthash.bl3h1moK.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.