Selasa, 2 Disember 2014

Selasa, Disember 02, 2014
Sepasang Tangan & Kaki Di Temui Dalam Parit | Parah...makin parah dah sekarang ni. Semuanya kerana perbuatan jenayah yang makin berleluasa.

Sepasang Tangan & Kaki Di Temui Dalam Parit

Terkini di Nibong Tebal, pihak polis menemui sepasang tangan dan kaki kiri manusia di dalam parit di kawasan Perindustrian Industri Kecil dan Sederhana Simpang Ampat, sekitar jam 7 malam tadi.

Tangan dan kaki yang terapung itu ditemui orang awam yang melalui kawasan terbabit yang kemudiannya membuat laporan polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner I Mazlan Kesah berkata, penemuan anggota badan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan kaki kanan manusia yang ditemui semalam.

Sepasang Tangan & Kaki Di Temui Dalam Parit

"Kedua-dua tangan dan kaki kiri itu dipercayai ada kaitan dengan kaki kanan yang ditemui di kawasan berhampiran berdasarkan cebisan seluar yang sama.

"Bagaimanapun, siasatan akan diteruskan dan kami sedang mencari bahagian lain badan mangsa," katanya.


Anggota badan berkenaan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Semalam, kaki kanan manusia ditemui terapung dalam tali air di parit Paya Mahang, Sungai Bakap kira-kira dua kilometer dari lokasi penemuan malam tadi.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13085


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.