Rabu, 10 Disember 2014

Rabu, Disember 10, 2014
Suami Ieda Moin Fail Cerai Di Mahkamah | Sebelum ini, Ieda Moin pernah menafikan yang rumah tangganya mengalami pergolakan, namun perkembangan terkini melaporkan bahawa suaminya sendiri iaitu Mohd Naquib Idris, telah memfailkan perceraian ke atas Ieda.

Suami Ieda Moin Fail Cerai Di Mahkamah

Menurut info, mereka dilihat telah berada di Mahkamah Syariah Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 2 Disember lalu. Hasilnya, 18 Disember ini dilaporkan sebagai tarikh sebutan kes pasangan ini.

"Ya... memang benar," jawab Ieda ketika dihubungi media mengenai kes Mahkamah Syariah itu. 

"Belum cerai, tapi saya tak nak komen apa-apa buat masa ini. Saya bukan tak nak kongsi, tapi saya takut. Doakan yang terbaik buat saya. Kalau sudah bersedia, saya akan kongsi. Jangan risau, saya OK," tambah Ieda lagi. 

Menurut laporan Berita Harian pula, suami Ieda kononnya mempunyai orang ketiga hingga mereka tidak lagi tinggal sebumbung, selain artis itu mendakwa suaminya dikatakan berubah perangai.

Suami Ieda Moin Fail Cerai Di Mahkamah

Malah Ieda sendiri pernah mengakui bahawa lima tahun kebelakangan ini, rumah tangga mereka kian hambar selain berdepan dengan masalah komunikasi.

Untuk rekod, Ieda mendirikan rumah tangga dengan Mohd Naquib sejak lapan tahun lalu dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Dhia Dania, yang kini berusia enam tahun.

sumber
http://www.myartis.com/2014/12/sebutan-kes-18-disember-suami-ieda-moin.html
http://instagram.com/iedamoin79


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.