Rabu, 31 Disember 2014

Rabu, Disember 31, 2014
Suami Isteri Parah Di TETAk Selepas Kereta Terbabas  | Sepasang suami isteri dicederakan sebelum disamun selepas kereta mereka terbabas di Kilometer 246, Lebuhraya Utara-Selatan arah ke selatan Seremban, pagi tadi.

Suami Isteri Parah Di TETAk Selepas Kereta Terbabas

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun, berkata pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 5.59 pagi.

Beliau berkata, seorang lelaki yang bersenjatakan parang dilapor menghampiri Chong Kar How, 24, dan isterinya, Wong Wei Yan, 24, lalu menetak kedua-dua mereka sebelum melarikan barangan berharga mereka.

"Mangsa lelaki terkoyak di bahagian kepala dan telinga kanan serta terdapatkesan tetakan di belakang kepala dan tapak tangan kiri mangsa.

Manakala isterinya mengalami kesan tetakan di belakang kepala," katanya. Kedua-duanya menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar di sini. Muhamad Zaki berkata, suspek dilaporkan memandu kereta Proton Wira berwarna putih dengan bumper hadapan berwarna hitam.-BERNAMA

sumber
http://www.bharian.com.my/node/26221


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.