Khamis, 11 Disember 2014

Khamis, Disember 11, 2014
Suami Potong Tangan & Kaki Isteri Kerana Hubungan Sulit | Seorang suami yang kecewa apabila mengetahui isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak di luar dugaan apabila memotong pergelangan kaki dan tangan isterinya sebelum membunuh diri di Taman Suria, Kluang pagi tadi.

Suami Potong Tangan & Kaki Isteri Kerana Hubungan Sulit

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan suaminya sebelum lelaki terbabit hilang pertimbangan dan menyerang isterinya serta bertindak kejam memotong kedua belah kaki dan tangan wanita malang itu.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Mohd Roze Shaari berkata, siasatan awal mendapati motif kejadian disebabkan cemburu.

Menurutnya, selepas memotong kaki dan tangan isterinya, suspek berusia 47 tahun dipercayai meminum racun dan menggantung diri di balkoni.

"Mangsa yang parah dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom untuk rawatan kecemasan sementara mayat suaminya dihantar ke Unit Forensik hospital terbabit untuk bedah siasat," katanya.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/15433#sthash.ohw1qoJF.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.