Sabtu, 27 Disember 2014

Sabtu, Disember 27, 2014
Sungai Utama Di Utara Kedah Bawah Paras Berjaga-Jaga | Keadaan paras air di sungai-sungai utama di utara Kedah berada di bawah paras berjaga-jaga.

Sungai Utama Di Utara Kedah Bawah Paras Berjaga-Jaga

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kedah berkata sehingga 7 malam ini, Sungai Padang Terap di Kuala Nerang berada pada paras 14.93 meter, Sungai Bata 8.02 meter dan Sungai Arau 4.88 meter, yang kesemua dalam keadaan menurun parasnya.

"Sungai Anak Bukit juga dalam keadaan lebih baik berikutan berkurangnya aliran dari Sungai Padang Terap.

Paras di terusan utara juga dalam parasoperasi," katanya ketika dihubungi malam Jumaat.

Katanya Empangan Muda masih melimpah tetapi kadar limpahan berkurangan daripada limpahan sebanyak 1.64 meter dua hari lepas kepada 0.9 meter hari ini. "

Semoga keadaan akan bertambah baik," katanya.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/12/26/kedah-berjagajaga/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.