Selasa, 23 Disember 2014

Selasa, Disember 23, 2014
Surat Terbuka Untuk Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad

Surat Terbuka Untuk Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad

Kepada Capo Ultras Malaya, Lekir Ahmad

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya dan keluarga mengambil keputusan mengikuti pasukan Harimau Malaya dalam semua perlawanan AFF 2014 yang berakhir Sabtu lalu, sama ada di dalam atau di luar negara.

Sejak perlawanan pertama menentang Myanmar di Stadium Jalan Besar, secara tidak sengaja saya duduk bersama kumpulan 'Ultras Malaya'. Di sinilah pertama kali saya berjumpa dengan seorang jejaka yang memakai topi merah dan jaket hitam yang dikenali sebagai Lekir.

Di mana dia pergi, di situ dia diiringi dengan 'orang kuat' Ultras. Setiap komrad mengikuti arahan beliau, drummers mengikuti arahan beliau, pihak berkuasa di tempat lawan juga akan berbincang dengan beliau sebelum setiap perlawanan.

Setiap hari dalam bulan Disember ini, pertama kali saya membeli surat khabar BH kerana ingin membaca ruangan Apa Kata Capo Ultras Malaya Lekir Ahmad sempena AFF 2014. Setiap ucapan beliau dipenuhi dengan laungan semangat kepada pemain dan juga penyokong setia Harimau Malaya.

Kepada Lekir, komrad komrad Ultras, terima kasih ingin saya ucapkan kerana semangat, penat lelah, perbelanjaan anda sememangnya menakjubkan! Di sini lahirnya sebuah cinta kami sekeluarga kepada Ultras Malaya.

Inilah dinamakan patriotisme yang sebenar. Cabaran yang diharungi ketika di Singapura dengan masalah imigresen, Hanoi disebabkan insiden hitam di Shah Alam dan Bangkok menaiki bas selama 30 jam, sememangnya patut dihargai oleh pemain dan juga penyokong Malaysia.

Saya sekarang faham maksud Lekir dengan mengatakan pengalaman 'awaydays' memang berlainan, di sana kami semua adalah 'satu' membawa nama Malaysia. Di sana, kami semua adalah 'keluarga' ultras di bawah kepimpinan anda.

Cop antarabangsa dalam pasport kami berjaya dicapai. Stadium Jalan Besar, Kallang, Shah Alam, Rajamangala dan Bukit Jalil sudah kami harungi. Anak-anak saya sudah pasti tidak dapat melupakan pengalaman ini. Laungan nyanyian, rentak, alatan muzik sentiasa berada dalam ingatan kami sekeluarga. Terima kasih kepada anda semua membuatkan empat minggu ini, kami anak beranak tidak akan lupa sampai bila-bila.

Akhir kata, teruskan perjuangan anda untuk menaikkan semangat warga Malaysia selepas ini, jikalau umur panjang, murah rezeki dan dibenarkan Allah, kami pasti berada bersama anda selepas ini.

Selamanya Harimau Malaya!

Semoga kita berjumpa lagi!

Daripada kami sekeluarga,

Sheikh Farouk, Hazel, Edreez, Edian & Erelyn

#Ultras Malaya 07 FB
#UltrasMalaya.net

sumber
http://www.bharian.com.my/node/24868


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.