Isnin, 22 Disember 2014

Isnin, Disember 22, 2014
Syafiq Kyle Enggan Ulas Hubungan Dengan Uqasha Senrose | Syafiq Kyle enggan mengulas lanjut mengenai persahabatannya dengan pelakon Uqasha Senrose kerana tidak mahu ada pihak yang membuat kesimpulan yang mereka berdua sedang menjalinkan hubungan cinta.

Syafiq Kyle Enggan Ulas Hubungan Dengan Uqasha Senrose

“Saya tidak boleh nak cakap lebih-lebih kerana nanti orang ingat saya bercinta pula dengan Uqasha. Jadi buat masa itu sahaja yang dapat saya komen buat masa ini. Mungkin persahabatan kami disensasikan kerana saya dan dia merupakan pelakon serta mendapat perhatian lebih sedikit. Banyak pihak yang bercakap mengenai kami namun buat masa ini kami lebih selesa berkawan. Rasanya jika saya berkawan dengan orang biasa mungkin isu sebegini tidak timbul,” kata Syafiq.

Menurut Syafiq, dia kini selesa berkawan dengan Uqasha yang mana mereka berdua saling bertukar perkembangan terkini pada masa lapang. Namun Syafiq menjelaskan yang mereka tidak campur tangan dengan urusan masing-masing kerana menghormati privasi satu sama lain.

“Timbul ura-ura yang mengatakan saya merampas Uqasha dari Pekin Ibrahim (bekas teman lelaki Uqasha) namun perkara itu tidak benar sama sekali kerana kami mula rapat setelah dia tidak terikat dengan sesiapa pun. Ada juga pihak salahkan saya apabila hubungan Pekin dan Uqasha berantakan. Bagi saya, tidak mengapalah. Saya enggan fikirkan mengenai perkara tersebut. Sebab orang yang salahkan itu tidak tahu hal sebenar. Saya berkawan dengan Uqasha sahaja, bukannya bercinta,” ujar Syafiq lagi.

Syafiq Kyle Enggan Ulas Hubungan Dengan Uqasha Senrose

Ibu Syafiq Tak Suka Uqasha

Dalam pada itu di ruangan selebriti myMetro pula mengatakan sebenarnya Syafiq terpaksa merahsiakan hubungan cintanya dengan Uqasha kerana tidak mahu menyakiti hati ibunya.

Menurut sumber yang menyampaikan cerita ini, ibu Syafiq tidak gemar apabila cerita percintaan antara anaknya dan Uqasha digembar-gemburkan media.

Tambah sumber itu, bukan ibunya tidak sukakan Uqasha, tetapi berasakan Syafiq masih terlalu muda untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana wanita. Apatah lagi Syafiq baru hendak membina nama dalam dunia lakonan.

sumber
http://www.gua.com.my/berita-artis/Syafiq_Kyle_Enggan_Ulas_Hubungan_Dengan_Uqasha_Senrose.html
http://www.hmetro.com.my/node/17837
http://instagram.com/thesyafiqkyle/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.