Khamis, 4 Disember 2014

Khamis, Disember 04, 2014
Syahrini Di Kecam Gara-Gara Pekerja Melutut & Menyembahnya | Nampaknya tindakan penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Syahrini memuatnaik gambar 5 pekerja sedang melutut dan menyembah beliau di syarikatnya Princess Syahrini Entertainment Indonesia menerima kecaman hebat peminat disana.

Syahrini Di Kecam Gara-Gara Pekerja Melutut & Menyembahnya

Ramai peminat menganggap ianya agak keterlaluan dan salah disisi agama Islam. Rata-rata dari mereka tidak bersetuju dengan tindakan Syahrini dan menuduh Syahrini sengaja mencari publisiti murahan.

Namun menurut Syahrini, gambar tersebut hanyalah gurauan semata-mata dan dia bukan sengaja ingin menimbulkan kontroversi murahan.

"Saya seorang Muslim, dan sebagai salah seorang yang beragama Islam hanya Allah SWT yang harus disembah. Tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. Tidak mungkin saya mahu mereka menyembah saya.

"Itu sekadar gurauan dan tidak bermaksud mahu menimbulkan kontroversi murahan. Sudah tertulis ianya ‘Just For Fun’," jelas Syahrini kepada pihak media.

Syahrini sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang ahli perniagaan Malaysia dua tahun lalu namun putus ditengah jalan akibat masalah persefahaman.

sumber
http://www.astroawani.com/news/show/foto-disembah-pekerja-syahrini-terima-kecaman-hebat-49714


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.