Jumaat, 19 Disember 2014

Jumaat, Disember 19, 2014
Tak Dapat IC, 5 Sekeluarga Ugut Bakar Diri | 5 sekeluarga mengugut akan membakar diri jika mereka gagal mendapatkan kewarganegaraan Malaysia, lapor akhbar, Makkal Osai hari ini.

Tak Dapat IC, 5 Sekeluarga Ugut Bakar Diri

Pasangan suami isteri, T. Batumalai dan K. Badma mempunyai enam orang anak manakala tiga daripadanya perempuan iaitu B.Nagadevi, 31, Murugan (27), Nagendran (26), Karumariamman (25), Letchumi (24) dan Genggadharan (22).

Tiga daripada mereka iaitu Nagadevi, Murugan dan Nagendran tidak memiliki MYKad walaupun mempunyai sijil kelahiran sementara tiga lagi anak memiliki kedua-dua dokumen tersebut.

Batumalai berkata, beliau memiliki MyKad biru manakala isterinya tidak memiliki kad pengenalan MyKad merupakan punca tiga anak mereka tidak diberikan kad pengenalan.

"Ketiga-tiga anak kami ini merupakan warga tempatan yang mana mereka dilahirkan di Ladang Changkat Mantiri, Ulu Bernam.

"Saya beberapa kali mendekati dan memohon Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendapatkan My Kad biru untuk mereka, tetapi gagal.

"Apa yang pelik, anak keempat, kelima dan keenam iaitu Karumariamman, Letchumi dan Ganggadharan diberikan sijil kelahiran dan MyKad biru, tetapi tiga anak pertama kami pula dinafikan kad pengenalan, kenapa?," soal beliau di sini.

Nagadevi yang nerupakan anak sulung Batumalai memberitahu, ketiadaan kad pengenalan telah memusnahkan masa depannya apabila tiga keluarga lelaki yang datang merisik untuk mengahwininya teroaksa membatalkan niat itu apabila mendapat tahu beliau tidak mempunyai MyKad.

Katanya, dia mendapat upah harian di sebuah ladang berhampiran untuk menampung keperluan keluarga dan ibu bapa termasuk adik perempuan yang balu serta anaknya.

"Saya telah membelanjakan ribuan ringgit untuk mendapatkan kad pengenalan sebagai warganegara tetapi semuanya menjadi sia-sia sahaja.

"Pernah sekali menerusi proses MyDaftar di Perak dengan menaiki teksi yang mengenakan bayaran RM300, tetapi di sana mereka meletakkan seribu satu syarat iaitu, meminta RM2,000 seorang bagi menjalani ujian DNA untuk pengesahan pertalian darah.

"Kami bergelut untuk menampung keperluan harian, dalam keadaan ini kami diminta bayar wang berjumlah RM16,000 iaitu RM2,000 seorang, mana kami mampu?," katanya.

Tambah Nagadevi, adik lelakinya, Murugan baru pulih daripada koma selepas meminum racun serangga kerana kecewa tidak dapat membeli motosikal disebabkan tidak memiliki MyKad.

"Lebih menyedihkan untuk rawatan di hospital, kami dihina malah diminta bayar RM50 kerana didakwa bukan warganegara Malaysia. Sampai bila kami perlu menderita begini?

"Saya merayu pihak berkuasa atau wakil rakyat prihatin tampil menangani derita kami, jika nasib kami tidak dibela, maka kami sekeluarga akan membakar diri dan bunuh diri," keluhnya.

sumber
http://malaysiagazette.com/ms/nasional/mahu-bakar-diri-jika-tidak-diberi-kerakyatan


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.