Isnin, 1 Disember 2014

Isnin, Disember 01, 2014
Tangan Kiri Paras Bahu Di Temui Dalam Plastik Hitam Dekat Balai Polis | Tangan kiri manusia dari paras bahu ditemui petang tadi berhampiran Balai Polis Machang Bubok, Bukit Mertajam.

Tangan Kiri Paras Bahu Di Temui Dalam Plastik Hitam Dekat Balai Polis
Gambar Hiasan
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharom Abu berkata, tangan yang dibungkus dalam plastik hitam ditemui di sebuah lorong kira-kira 75 meter dari balai polis tersebut oleh orang awam kira-kira pukul 4.30 petang.

Katanya, berdasarkan pemeriksaan awal, polis percaya tangan berkenaan dibuang di situ (dihadapan jirat cina) lebih daripada tiga hari berdasarkan keadaannya yang mula mereput selain darah yang sudah kering.

Polis masih menjalankan siasatan bagi bagi mengenalpasti sama ada ia mempunyai kaitan dengan penemuan kepala, kaki dan badan tanpa anggota di beberapa lokasi sekitar sini sejak seminggu lalu.


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1201&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_28.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.