Rabu, 3 Disember 2014

Rabu, Disember 03, 2014
Toreh Muka Gadis, Polis Buru 2 Suspek! | Polis Kelantan sedang memburu dua penjenayah yang dipercayai mencederakan dengan menoreh muka seorang gadis serta ibunya dalam kejadian samun di Wakaf Berangan, Pasir Puteh, semalam.

Toreh Muka Gadis, Polis Buru 2 Suspek!

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata polis juga sedang mengesan motosikal Yamaha LC125 yang dinaiki kedua-dua suspek terbabit ketika melakukan jenayah berkenaan.

"Kita masih belum mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki suspek bagaimanapun polis yakin akan diketahui dalam sama terdekat," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Mangsa, Hat Tema Mat Zain, 58, yang kini dirawat di HUSM dilaporkan stabil manakala anaknya, Nur Shafiqa Lah, 22, telah dibenarkan keluar dari hospital.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang semalam, Nur Shafiqa mengalami pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.


Mazlan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun sehingga menyebabkan kecederaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil untuk membantu polis.

Sementara itu, bapa Nur Shafiqa, Lah Hassan, 59, berkata semasa kejadian beliau tidak berada di rumah dan hanya mengetahui kejadian tersebut melalui jiran yang menghubunginya.

"Saya kesal dengan tindakan kejam penjenayah terbabit dan berharap suspek yang mencederakan anak dan isteri saya akan dibawa ke muka pengadilan. - Bernama

sumber
http://www.sinarharian.com.my/semasa/kes-toreh-muka-polis-buru-dua-suspek-1.338535


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.