Sabtu, 13 Disember 2014

Sabtu, Disember 13, 2014
Tunku Laksamana Johor Selamat Jalani Pembedahan di Guangzhou  | Tunku Laksamana Johor, Tunku Tunku Abdul Jalil Sultan menerusi laporan akhbar Berita Harian, dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan, semalam dan kini berada dalam keadaan stabil serta masih dirawat di Guangzhou, China.

Tunku Laksamana Johor Selamat Jalani Pembedahan di Guangzhou

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang berkata Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Johor tidak kira bangsa dan kepercayaan agama yang sentiasa mendoakan kesihatan anakanda Baginda itu.

"Baginda turut menyampaikan salam kepada seluruh rakyat dan akan pulang ke negeri Johor sedikit masa lagi.

"Justeru, sebagai Menteri Besar, saya menyeru kepada semua rakyat Johor agar terus mendoakan supaya Tunku Abdul Jalil kembali sihat seperti biasa," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Jemaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata Tunku Abdul Jalil kini sedang berehat dan dijangka pulang ke tanah air dalam masa terdekat bagi mendapatkan rawatan susulan di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Serindit, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, sebentar tadi.

1. Forumer Dedah Sakit Sebenar Tunku Jalil?
2Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Sakit Misteri?
3YAM Tunku Jalil Berangkat Ke China Jalani Rawatan

sumber
http://www.bharian.com.my/node/23001


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.