Sabtu, 13 Disember 2014

Sabtu, Disember 13, 2014
Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Sakit Misteri? | Pelbagai persoalan bermain diminda rakyat Johor ketika ini apabila melihat tahap kesihatan anakanda kelima Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim, yang juga dikenali sebagai Tunku Laksamana Johor sakit.

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Sakit Misteri?

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada Istana Johor, mahupun kerajaan negeri, menyebabkan pelbagai spekulasi tentang kesihatan Tunku Abdul Jalil, yang sedang dirawat di salah sebuah hospital di Singapura.

Menyedari spekulasi tentang keadaan kesihatannya, Tunku Abdul Jalil tmengeluarkan satu kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya hari ini.



"As Salam. Semenjak beberapa hari ini saya ada banyak terbaca rumours pelbagai versi mengenai penyakit saya daripada beberapa page lain. Saya amat berharap followers saya tidak mudah percaya kenyataan yang dikeluarkan page lain selain page saya ini. Terima kasih #TJ", titah baginda.

Bagaimanapun menerusi paparan gambar terbaru baginda sama ada menerusi akaun rasmi Facebook atau Instagram menunjukkan ramai pemimpin negara dan asing melawat Tunku Abdul Jalil di hospital negara jiran itu.

Antaranya termasuklah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah; Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak; dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri; Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein; serta Panglima Angkatan Tentera.

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Sakit Misteri?

Menerusi akaun Instagram, Tunku Abdul Jalil turut menyertakan gambar lawatan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dan isteri Ho Ching.

Tunku Abdul Jalil di dalam laman Instragram baginda turut menyertakan gambar bersama Datuk Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Pengguna laman sosial yang bersimpati dengan Tunku Abdul Jalil juga telah mewujudkan hastag #prayForTunkuJalil, dengan peminat-peminat bolasepak negeri itu memasang kain rentang bertuliskan hastag itu di pagar salah sebuah stadium ketika pasukan JDT bermain.

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Sakit Misteri?

Doa Kesejahteraan Tunku Jalil

Dalam pada itu, menerusi akhbar Sinar yang memetik berita Bernama melaporkan, kira-kira 3,000 penganut Buddha, Kristian, Hindu, Sikh, Tao, Soka Gakkai dan Bahai menyertai majlis mendoakan kesejahteraan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, di Stadium Tertutup Majlis Bandar Raya Johor Bahru (MBJB) dalam satu majlis yang bermula kira-kira pukul 9 pagi 12 Disember 2014..

Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim Sakit Misteri?

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor, Datuk Tee Siew Kiong, Ahli Parlimen Tebrau, Khoo Soo Seang dan anggota Dewan Negara, Senator Chia Song Cheng.

Berucap pada majlis itu, Tee yang juga pengarah program berkenaan berkata, ia melambangkan muafakat rakyat negeri Johor selain taat setia kepada Raja.

sumber
http://www.malaysiagazette.com/ms/nasional/pelbagai-spekulasi-kesihatan-anakanda-sultan-johor
http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/rakyat-johor-doakan-tunku-jalil-1.341220



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.