Selasa, 23 Disember 2014

Selasa, Disember 23, 2014
US TEMBAK JATUH MH370 -Pengarah Penerbangan | Seorang bekas pengarah syarikat penerbangan Perancis mendakwa tentera Amerika Syarikat (AS) dipercayai menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH370 dan menyembunyikan perkara itu.

US TEMBAK JATUH MH370 -Pengarah Penerbangan

Marc Dugain yang pernah mengetuai Proteus Airlines dan seorang penulis terkenal berkata, AS menjadikan pesawat berkenaan sebagai sasaran kerana mereka bimbang serangan seperti 11 September di pangkalan tentera di Lautan Hindi.

Dalam artikel yang diterbitkan dalam sebuah majalah Perancis, Paris Match, beliau mendakwa pesawat Boeing 777 itu terhempas berhampiran lokasi di mana pasukan carian antarabangsa menjelajah lautan untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan, tetapi berdekatan pangkalan tentera AS di wilayah milik British iaitu Diego Garcia.

"Ia adalah satu pangkalan tentera yang sangat kuat. Sangat mengejutkan apabila AS gagal menjejaki pesawat ini. Tanpa mengaitkan tragedi berkenaan dengan teori konspirasi, ada kemungkinan AS telah menjatuhkan pesawat ini," katanya.

Dugain kemudian mempersoalkan bagaimana dalam dunia teknologi serba canggih ini, objek sepanjang 63 meter hilang tanpa dapat dikesan, sambil mengandaikan bahawa terdapat usaha oleh sesetengah pihak untuk menyembunyikan bukti. - The Telegraph

sumber
http://www.bharian.com.my/node/24896


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.