Selasa, 9 Disember 2014

Selasa, Disember 09, 2014
Lelaki Mahu Di Telan Ular Hidup-Hidup Kini Di Ketawakan | Tindakan seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) merakamkan aksinya 'ditelan hidup-hidup' [ Eaten Alive] seekor ular Anaconda untuk aksi lagak ngeri televisyen kini ditertawakan selepas pasukan bantuan terpaksa menyelamatkan dia hanya selepas sebahagian kepalanya dibaham.

VIDEO: Lelaki Mahu Di Telan Ular Hidup-Hidup Kini Di Ketawakan

Dalam rakaman disiar Discovery Channel pada malam kelmarin, Paul Rosolie, 27, dan 10 pembantunya mengesan ular anaconda sepanjang enam meter di Sungai Amazon.

Berpakaian sut hitam dan dilumur dengan darah ba-bi, Rosolie, 27, meredah kawasan itu sambil dirakam kamera dan disaksikan isterinya, Gowri.

Tidak lama kemudian, seekor anaconda betina menerpa Rosolie sebelum melilit lelaki setinggi 1.7 meter itu.

EATEN ALIVE: AKTIVIS RELA DITELAN ANACONDA HIDUP-HIDUP

Namun, ketika Rosolie mula berasa tangannya 'mula akan patah' dia mengarahkan rakan, doktor dan pakar veterinar menyelamatkannya.

Ketika itu hanya bahagian atas kepalanya saja yang baru dimasuki rahang ular berkenaan.

Akibatnya, para penonton mulai kecewa malah ada yang mengelarkan Paul sebagai pengecut, penipu serta membuang masa para penonton.




sumber
http://www.hmetro.com.my/node/14773


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.