Sabtu, 6 Disember 2014

Sabtu, Disember 06, 2014
Video: Pemandu Teksi Bergaduh Dengan Polis Bantuan | Seorang pemandu teksi ditahan selepas menyerang dua anggota polis bantuan dipercayai akibat tidak dapat menerima teguran pihak berkuasa itu yang memintanya mengalihkan teksinya, dalam satu kejadian di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor, Selasa lalu.

Video: Pemandu Teksi Bergaduh Dengan Polis Bantuan

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 pagi itu, pemandu teksi berusia 38 tahun yang dipercayai memandu secara merbahaya sebelum itu meletakkan teksinya bukan di tempat parkir atau kawasan menurunkan penumpang.

Pemandu teksi itu kemudiannya didatangi dua anggota polis bantuan BSI yang memintanya beredar dengan cara baik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, berkemungkinan tidak dapat menerima teguran itu, suspek berkenaan bertindak menyerang dengan menarik kolar pakaian seragam polis bantuan berkenaan sebelum berlaku insiden pergaduhan itu.

"Suspek turut dilaporkan menendang polis bantuan terbabit sebelum seorang anggota polis trafik datang membantu meleraikan pergaduhan," katanya.

Beliau berkata, anggota trafik itu kemudian menahan pemandu teksi tersebut dan membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS untuk siasatan lanjut sebelum dilepaskan dengan jaminan polis hari ini.

Klip video kejadian berkenaan yang dirakam orang ramai mendapat perhatian dan menjadi viral di laman sosial.




sumber
http://www.hmetro.com.my/node/13910


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.