Rabu, 17 Disember 2014

Rabu, Disember 17, 2014
Vokalis Terra Rossa Di Dakwa Ambil Dadah | Vokalis baru kumpulan Terra Rossa, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang, hari ini atas pertuduhan memiliki dan memasukkan dadah jenis Methamphetamine ke dalam badannya, Mei lalu.

Vokalis Terra Rossa Di Dakwa Ambil Dadah

Bagaimanapun, Khairul Hizam Kaha, 39, hanya mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman.

Bagi pertuduhan memasukkan barang larangan itu ke dalam badannya pula, Khairul Hizam mengaku tidak bersalah.

Jatuh hukum terhadap tertuduh ditangguhkan sementara menunggu laporan kimia dan sebutan semula kedua-dua kes itu ditetapkan pada 12 Februari.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.98 gram di kawasan Axis Astrium, Taman Cempaka pada jam 4.30 petang, 10 Disember lalu.

Penyanyi itu didakwa melakukan kesalahan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda hingga RM100,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/16918#sthash.tft5m2el.dpuf


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.