Khamis, 18 Disember 2014

Khamis, Disember 18, 2014
Walt Disney Risik Puteri Balqis | "Selain saluran Disney, kami juga disapa oleh beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia dan meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut," ujar Azizi Aziz, bapa Puteri Balqish.

Walt Disney Risik Puteri Balqis

Rezeki....Tiada siapa pun menyangka selepas berjaya membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin dan dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), di Singapura baru-baru ini, Puteri Balqis telah dilamar oleh Walt Disney Asia Tenggara termasuk penerbit Amerika dan Australia.

Tambah Azizi lagi,"Kami sendiri tidak menyangka Balqis akan memenangi trofi berkenaan kerana persaingan dalam kategori itu semuanya hebat.

"Alhamdulillah rezeki dia dapat mengharumkan nama negara dan kami sekeluarga tumpang gembira dengan kemenangan tersebut," tambahnya.

Dalam pada itu, Azizi berkata, biarpun teruja dengan pelbagai tawaran daripada produksi luar negara namun sebagai bapa dia akan memastikan tawaran tersebut sesuai dan berbaloi dengan Balqis selain tidak menggangu waktu pembelajarannya.


Kata Azizi, dia tidak mahu anaknya itu berasa tertekan dengan pelbagai komitmen yang pada akhirnya akan memberi kesan mendalam pada masa akan datang.

Walt Disney Risik Puteri Balqis

"Bukan ingin bersikap 'demand' tetapi realitinya dia masih kecil dan saya tidak mahu dia berasa tertekan namun jika dia sanggup untuk lakukan sebarang projek tanpa mengabaikan pembelajaran saya bersikap terbuka.

"Bagaimanapun Alhamdulillah biarpun masih kecil dia sangat berdikari dan tidak pernah mengabaikan pelajarannya," katanya.

Kemenangan Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish yang baharu sahaja berusia tujuh tahun itu menerusi telefilem arahan Erma Fatima berjudul Balqis.

sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2014/12/17/puteri-balqis-walt-disney/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.