Jumaat, 26 Disember 2014

Jumaat, Disember 26, 2014
Yazer & Ekin Kini Sah Bergelar Suami Isteri | Pasangan kekasih yang mula dikaitkan bercinta sejak Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Yazer dan Ekin Rahman yang sah bergelar suami isteri sebentar tadi.

Yazer & Ekin Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Majlis diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.

Mereka menjalinkan hubungan cinta selama sembilan tahun dan pernah putus seketika hujung tahun lalu.

Yazer & Ekin SAH Bernikah 26 Disember

Bagaimanapun jodoh kuat antara pasangan kekasih ini. Ahad ini mereka akan diraikan di lokasi yang sama.

Yazer & Ekin Kini Sah Bergelar Suami Isteri

Ekin sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005.

"Alhamdulillah jodoh kami kuat. Harap ia berpanjangan hingga ke jannah," katanya ringkas.

Tahniah diucapkan, semoga pekahwinan yang dibina akan kekal sehingga ke jannah. Amin...

sumber
http://www.bharian.com.my/node/25392


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.