Selasa, 2 Disember 2014

Selasa, Disember 02, 2014
Yazer & Ekin SAH Bernikah 26 Disember | "Kami akan bernikah selepas waktu Zuhur dan majlis bersanding pula bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang. Tiada tema tertentu. Yang penting kami nak nampak cantik dan segak selain selesaikan apa yang wajib," kata Ekin yang bakal bernikah dengan Yazer AF pada 26 Disember ini.

Yazer & Ekin SAH Bernikah 26 Disember

Menurut Ekin, dia sendiri tidak menyangka jodoh mereka panjang biarpun pernah dilanda badai hingga nekad memutuskan hubungan yang sedia terjalin sejak kedua-duanya menyertai Akademi Fantasia musim ketiga sekitar 2005.

Yazer & Ekin SAH Bernikah 26 Disember

"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita manusia biasa. Bercinta pun biasalah, ada pasang surutnya.

"Ada kalanya kami masing-masing mampu menduga kesabaran. Malah waktu kami putus cinta itu, saya dalam hati pernah katakan cukuplah jodoh kami setakat itu.

Yazer & Ekin SAH Bernikah 26 Disember

"Cuma siapa sangka selepas berpisah, perasaan sayang itu kian bercambah pula selepas berasakan diri kosong.

"Dia (Yazer) ada menghubungi saya untuk memujuk hati saya yang lara tapi mulanya saya jual mahal. Tapi dia tak pernah berputus asa untuk memenangi kembali hati saya.

Yazer & Ekin SAH Bernikah 26 Disember
Ketika menghadiri kursus kahwin
"Ironinya, sayang itu masih ada antara kami. Saya pujuk hati untuk terima dia semula. Dia menghubungi saya 21 April lalu kebetulan pada hari lahir bapa saya sekali gus memberanikan diri untuk menghubungi bapa dan keluarga saya untuk menyatakan hasrat hatinya," kata Ekin yang memberitahu beliau dilamar Yazer pada 9 November lalu.

Yazer & Ekin SAH Bernikah 26 Disember

Semoga semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang buat bakal pasangan pengantin baru Yazer dan Ekin....Tahniah.

sumber
http://www.bharian.com.my/node/21168?g5


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.