Khamis, 1 Januari 2015

Khamis, Januari 01, 2015
11 Gambar: Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir | Sebuah helikopter Ecureui Unit Udara PDRM terhempas di Kampung Rambai Lama Gobek, Tanah Merah, Kelantan ketika misi menghantar bantuan makanan kepada mangsa banjir pada jam 6.15 petang semalam.

11 Gambar: Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata empat pegawai polis, termasuk seorang pegawai wanita yang berada dalam helikopter itu cedera.

"Semua mereka dilaporkan dalam keadaan stabil," katanya. Keempat-empat mereka dikejarkan ke Hospital Tanah Merah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam tweetnya menyatakan dua juruterbang dan dua kru helikopter berkenaan selamat.

11 Gambar: Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir

"Saya sahkan Helicopter @PDRMsia terlibat kemalangan di Kpg Rambai, Tanah Merah, Kelantan. Alhamdulillah 2 juruterbang dan 2 Crew Selamat," katanya.

Sementara itu, BERNAMA melaporkan saksi melihat pesawat itu berlegar rendah di udara sebelum menjunam ke darat selepas kedengaran satu letupan.- BERNAMA

#Seterusnya beberapa lagi gambar helikopter milik PDRM yang mendarat cemas (bukan terhempas seperti yang dilaporkan media) dibawah.

11 Gambar: Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir

11 Gambar: Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir

11 Gambar: Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir

11 Gambar: Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir

11 Gambar: Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir
11 Gambar: Helikopter PDRM Terhempas di Tanah Merah Ketika Misi Bantuan Banjir


sumber
http://www.bharian.com.my/node/26447
http://khairulryezal.blogspot.com/2014/12/alhamdulilah-pilot-helikopter-pdrmsia.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.