Khamis, 15 Januari 2015

Khamis, Januari 15, 2015
12 Juta Umat Islam Di Bunuh Tak Siapa Peduli Berbanding 12 Orang Di Paris:

12 Juta Umat Islam Di Bunuh Tak Siapa Peduli Berbanding 12 Orang Di Paris

Ketua badan Islam tertinggi di Turki kelmarin mengutuk kealpaan Barat untuk bertindak terhadap pembunuhan beramai-ramai orang Islam selepas ramai pemimpin dunia menyertai satu perarakan besar-besaran bagi membantah serangan pejuang jihad di Paris.

“Dari satu sudut, sejumlah 12 juta orang dibunuh sejak 10 tahun lalu dalam dunia Islam,” kata Ketua Direktorat Hal Ehwal Agama, Mehmet Gormez dalam satu ucapan.

“Namun, pada minggu lalu di Paris, seramai 12 orang dibunuh kejam dengan cara yang tidak dapat diterima oleh mana-mana orang Islam.

“Kita lihat manusia sejagat yang tidak bangkit menentang pembunuhan 12 juta orang tetapi lantang membantah kematian cuma 12 orang.

“Masyarakat sejagat perlu segera berfikir semula,” tambahnya.

Beliau merujuk kepada perarakan besar-besaran di Paris dan beberapa tempat lain di Perancis yang dihadiri oleh 4 juta orang sebagai bantahan terhadap serangan tiga pejuang jihad yang menyebabkan 17 orang terbunuh termasuk 12 mangsa di pejabat akhbar satira Charlie Hebdo.

Lima lagi mangsa, termasuk empat penduduk Yahudi dijadikan tebusan di sebuah pasar raya Yahudi yang turut terbunuh sebelum pasukan keselamatan menembak mati tiga penyerang ber­kenaan. – AFP


sumber
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=01157&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.