Jumaat, 9 Januari 2015

Jumaat, Januari 09, 2015
2 Beradik Hilang Di Johor Baharu | Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun dan abangnya berusia 11 tahun didapati hilang sejak 9 malam semalam.

2 Beradik Hilang Di Johor Baharu

Ibu saudara mangsa, Azrizah Ahmad, 44, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua beradik keluar untuk membeli minuman di kedai berhampiran.

Menurutnya, ketika itu, ibu mangsa, Azriana Ahmad, 30, sedang mengajar mengaji di bangunan rumah kedai di Jalan Pinang 52, Taman Daya.

2 Beradik Hilang Di Johor Baharu

"Anak saudara saya tinggal bersama ibu, bapa tiri dan adik lelaki mereka berusia dua tahun.

"Mereka sesekali keluar membeli minuman, namun kejadian seumpama ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

2 Beradik Hilang: Polis Minta Jangan Buat Spekulasi

"Sepupu saya (ibu kanak-kanak) sudah menghubungi keluarga mentua dan mereka juga terkejut dengan kejadian berkenaan.

"Saya membuat laporan polis di Balai Polis Taman Setia Indah malam tadi (semalam).

"Hingga kini kami tidak menerima sebarang maklumat berkaitan mereka," katanya ketika dihubungi tadi.

2 Beradik Hilang Di Johor Baharu

Jurucakap Polis Balai Taman Setia Indah telah mengesahkan menerima laporan.

Info:

Instagram ibu mereka :http://instagram.com/habbatussauda_milkbooster/
Harap2 mereka selamat dari bahaya. Moga Allah melindungi adik-beradik ini. Amin

"Tolong sebarkan...anak2 saya hilang di taman daya jalan pinang 52 JB. Semasa kejadian abang memakai baju hitam dan berseluar hitam. Adik memakai baju tido bewarna putih bintik2 merah. Nama abang Mohd Iman Zafri berumur 11 tahun, adik Nur Alysyah Zafiera berumur 9 tahun. Report polis telah dibuat. Segala maklumat boleh salur kepada balai polis terdekat Atau sila hubungi saya ibu (yana) 013 7009064 atau bapa (hudzaifah) 017 7773985. Terkini masih lagi tiada khabar berita."

sumber
http://www.hmetro.com.my/node/22490


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.