Jumaat, 9 Januari 2015

Jumaat, Januari 09, 2015
2 Beradik Hilang: Polis Minta Jangan Buat Spekulasi | Polis minta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi keyakinan pada siasatan yang dijalankan berhubung kes kehilangan dua beradik di Taman Daya, Johor, yang viral di Facebook sejak awal pagi tadi.

2 Beradik Hilang: Polis Minta Jangan Buat Spekulasi

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, siasatan rapi dan menyeluruh sedang giat dijalankan bagi kes yang diklasifikasikan sebagai orang hilang itu.

"Kami meminta kerjasama orang ramai supaya memberi masa serta keyakinan kepada pasukan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) JBS dalam menjalankan siasatan berhubung kes ini.

"Jika terlalu banyak campur tangan dan spekulasi yang dikemukakan, dikhuatiri akan menjejaskan proses siasatan," katanya.

2 Beradik Hilang: Polis Minta Jangan Buat Spekulasi

Beliau turut meminta jasa baik orang ramai supaya tidak mensensasikan isu atau berita terbabit.


sumber
http://www.hmetro.com.my/node/22506



0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.