Ahad, 4 Januari 2015

Ahad, Januari 04, 2015
5 Gambar: Ratusan Peluru & Senjata Api Di Temui Selepas Banjir | Penemuan ratusan peluru dan senjata api dipercayai tinggalan zaman perang dunia kedua di halaman rumah mekanik lori, menggemparkan penduduk Kampung Tanjung Kuala di sini, semalam.

5 Gambar: Ratusan Peluru & Senjata Api Di Temui Selepas Banjir

Dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, Che Mud Ismail, 51, memberitahu, peluru dan senjata api ditemui ketika dia bersama anaknya, Zuhairi, 19, membersihkan halaman rumahnya yang runtuh akibat banjir.

Katanya, ketika mencangkul dan menyapu kawasan itu, dia ternampak enam peluru lama di atas besi berkarat berhampiran pokok mangga.

5 Gambar: Ratusan Peluru & Senjata Api Di Temui Selepas Banjir

“Saya menghampirinya dan tidak menyangka besi itu adalah topi askar. Saya angkat topi yang terbenam dalam pasir, keluar pula serpihan tulang di dalamnya, saya syak ia tengkorak manusia,” katanya.

Menurutnya, berdekatan itu juga, dia ternampak sebatang besi berkarat lalu dan amat mengejutkannya kerana ia adalah senjata api.

5 Gambar: Ratusan Peluru & Senjata Api Di Temui Selepas Banjir

Sementara itu Zuhairi berkata, ketika tangannya meraba-raba di kawasan akar pokok mangga yang terbongkah keluar, ada ratusan peluru di bawah tanah itu.

“Ketika jam 12 tengah hari, kira-kira 50 peluru berjaya dikeluarkan dalam tanah di hadapan rumah kami yang runtuh akibat dibawa arus ketika banjir Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, kawasan halaman rumahnya terhakis dan menjadi rendah daripada jalan utama walau pun sebelum banjir, tapak rumahnya sama tinggi dengan jalan Kampung Tanjung Kuala.

5 Gambar: Ratusan Peluru & Senjata Api Di Temui Selepas Banjir

“Mungkin apa yang ada di bawah tanah ini seperti peluru dan senjata api peninggalan Jepun timbul akibat hakisan tersebut,” katanya.

Difahamkan, sekitar tapak rumah sewa Che Mud merupakan kubu Jepun pada zaman perang dunia kedua.

5 Gambar: Ratusan Peluru & Senjata Api Di Temui Selepas Banjir

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan berkaitan penemuan peluru dan senjata api lama tersebut,” katanya.

sumber
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/ratusan-peluru-senjata-api-terbenam-bawah-pokok-1.347023
http://beritasini.blogspot.com/2015/01/gempar-senjata-perang-dunia-kedua.html


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.