Rabu, 7 Januari 2015

Rabu, Januari 07, 2015
Aaisyah Dhia Rana Jadi Mangsa Berita Palsu | Rozita Che Wan menyifatkan individu yang menggunakan wajah anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan meletakkan status seolah-olah bayi itu telah dibuang ibu-bapa adalah perbuatan biadap dan tidak bertanggungjawab.

Aaisyah Dhia Rana Jadi Mangsa Berita Palsu

Menurut Che Ta, dia terkejut apabila mendapat tahu perkara tersebut apatah lagi individu berkenaan dikatakan merupakan rakyat Indonesia.

"Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat kerja merapu. Apakah salah anak saya sehingga wajahnya digunakan dengan status sedemikian? Mereka ini adalah orang yang tidak berhati perut!,".

Baru-baru ini salah seorang individu yang difahamkan dari negara seberang telah meletakkan status di Twitter mengatakan seorang bayi ditinggalkan ibu-bapanya dan kini sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Indonesia dengan meletakkan wajah anak aktres itu.

Status tersebut telah mengundang rasa prihatin masyarakat di negara itu di mana 'kisah sedih' berkenaan telah disebarkan tanpa mengetahui kesahihan berita tersebut.

Sementara itu, Rozita berkata, berita palsu itu membuatkan dia berasa sedih apalagi anaknya yang baru berusia 2 bulan sudah menjadi mangsa pengguna laman sosial yang tidak bertanggungjawab.

Aaisyah Dhia Rana Jadi Mangsa Berita Palsu

Kata Rozita, isu-isu yang timbul seperti itu membuatkan dia dan suaminya, Zain Saidin enggan anak mereka terlibat dalam dunia seni hiburan apabila besar kelak.

"Daddy dia tak bagi jadi artis. Kami jadi selebriti pun kerana kebetulan.

"Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini," ujarnya.


sumber
http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/07/berita-palsu-anak-che-ta/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.