Khamis, 15 Januari 2015

Khamis, Januari 15, 2015
Aaron Aziz Berkejar Ke Hospital Prince Court, Derita Sakit Leher | Sebaik saja selesai tayangan perdana Suamiku Encik Perfect 10! Di pawagam GSC Pavilion malam semalam, Aaron Aziz dilaporkan bergegas ke Pusat Perubatan Prince Court sekitar jam 12 tengah malam.

Aaron Aziz Berkejar Ke Hospital Prince Court, Derita Sakit Leher

Diyana Halik telah berkongsi gambar dan video tersebut di akaun Instagramnya dan turut sama menemani suaminya malam semalam.

Menerusi kapsyen yang ditulis Diyana Halik, kelihatan sungguh kesengsaraan yang dialami oleh Aaron Aziz yang  hanya mampu terbaring di atas katil hospital sementara menunggu dirawat oleh doktor bertugas.

Aaron Aziz Berkejar Ke Hospital Prince Court, Derita Sakit Leher

Portal murai.com.my telah menghubungi Diyana Halik sebentar tadi untuk mendapatkan kenyataan daripadanya berhubung keadaan sebenar Bintang Paling Popular Berita Harian itu.

“Bukannya apa, Aaron ke sana hanya untuk mendapatkan suntikan penahan sakit kerana tak tahan dengan sakit leher yang dialaminya sejak beberapa hari.

“Sudah lama sebenarnya Aaron terasa sakit di lehernya itu kerana ia merupakan kesan daripada kemalangan yang pernah dialaminya sebelum penggambaran Fear Factor tak lama dulu.

“Cuma semalam dia tak dapat menahan kesakitan lagi. Jadi akhirnya saya membawanya berjumpa doktor di Prince Court yang kebetulan  dia baru saja selesai tayangan perdana di Pavilion,” katanya berkongsi cerita.

Aaron Aziz Berkejar Ke Hospital Prince Court, Derita Sakit Leher

Menurut Diyana Halik, suaminya memang selalu diserang sakit leher kesan daripada kemalangan berkenaan.

Bagaimanapun selepas mendapatkan suntikan penahan sakit, kesakitan yang dialami Aaron Aziz sedikit surut, tetapi dia perlu bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan susulan pada Jumaat ini.

Aaron Aziz Berkejar Ke Hospital Prince Court, Derita Sakit Leher

“Entahlah, sejak kemalamgan berkenaan, Aaron Aziz memang selalu mengalami sakit-sakit di lehernya dan sepatutnya dia perlu menjalani rawatan terapi.

“Kita lihat sajalah apa kata doktor pada Jumaat nanti,” katanya ringkas yang turut memberi tahu yang suaminya bakal sibuk dengan penggambaran sebuah filem bermula Februari ini.

sumber
http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/articleid/638945/aaron-aziz-bergegas-ke-hospital-kerana-derita-sakit-leher
http://instagram.com/diyanahalik/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.