Isnin, 5 Januari 2015

Isnin, Januari 05, 2015
AirAsia Surabaya-Bandung Alami Masalah Enjin Ketika Berlepas | AirAsia Indonesia sekali lagi dilanda masalah apabila enjin salah sebuah pesawatnya bagi laluan Surabaya-Bandung tiba-tiba mati di landasan ketika hendak berlepas.

AirAsia Surabaya-Bandung Alami Masalah Enjin Ketika Berlepas

Menurut laporan Metrotvnews.com, pesawat yang membawa 120 penumpang itu mengalami masalah tersebut sewaktu hendak berlepas dari Lapangan Terbang Bandara Juanda.
Kejadian itu mencetuskan suasana panik kepada penumpang yang telah bersiap sedia berada di tempat duduk masing-masing.

Menurut seorang penumpang, Yusuf Fitriadi, terdapat bunyi yang kuat pada enjin pesawat sebelum ia tiba-tiba mati, dan pesawat mula berundur sendiri.

"Kami terkejut dan panik. Sayapun turut ketakutan. Pesawat tersebut akhirnya berundur ke posisi asal semasa kami menaikinya dan kru kabin meminta kami turun waktu itu juga,"  katanya.

Pesawat itu dijadualkan bertolak pada jam 9.00 malam, namun mengalami masalah enjin yang dikatakan berpunca daripada ‘monitor starter’.

Juruteknik pesawat bagaimanapun berjaya membaiki kerosakan tersebut.

Meskipun telah dibaiki, hampir kesemua penumpang mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perjalanan kerana bimbang akan mengalami masalah sama di udara.

Susulan itu, AirAsia telah mengembalikan wang kepada penumpang yang tidak meneruskan perjalanan dengan pesawat tersebut.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, pesawat Airbus A320-200 milik AirAsia Indonesia dilaporkan hilang sebelum disahkan terhempas dalam perjalanan dari Surabaya ke Singapura.

Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan selain usaha menjejaki bangkai pesawat serta alat perakam data penerbangan bagi mengenal pasti punca kemalangan.

sumber
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/01/04/pesawat-airasia-alami-masalah-enjin/


0 comments:

Catat Ulasan

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.