Khamis, 29 Januari 2015

Khamis, Januari 29, 2015
3
Akhirnya Kisah Sebenar TGNA Bangun Tahajjud Di Bongkar | Admin perasan kisah yang viral di media sosial kononnya TGNA bertahajjud ketika dirinya sedang dirawat di ICU.

Akhirnya Kisah Sebenar TGNA Bangun Tahajjud Di Bongkar

Kisah Tuan Guru Nik Aziz yang mampu mengambil wuduk, tahajjud jam 4 pagi, konsisten dengan solat 5 waktu, minum air teh, berbual sebelum dan sesudah solat walaupun telah disuntik dengan ubat tidur yang paling kuat adalah satu kisah palsu semata-mata. Siapa yang menyebarkannya?

Akhirnya Kisah Sebenar TGNA Bangun Tahajjud Di Bongkar

Kisah ini tersebar menerusi video Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani yang merupakan anak saudara kepada TGNA. Tidak terlintas pun pada kami untuk menghina TG Nik Aziz, namun pihak yang mereka-cerita dan menyebarkan kisah mengarut ini perlu hentikan ini semua. Tidak ada kebaikan pun yang dapat diperolehi dengan menyebarkan kisah karut ini.

Akhirnya Kisah Sebenar TGNA Bangun Tahajjud Di Bongkar

Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam ketika di penghujung hayatnya ketika sakit juga tidak mampu bangun bersolat lalu diperintahkan Abu Bakar menggantikan dirinya sebagai Imam.

Malah ada ketika Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassallam turut dibantu oleh sahabat untuk bersolat, dan ada ketika Nabi sallallahu alaihi wassallam hanya memberi isyarat untuk sahabat meneruskan solat manakala Nabi sallallahu alaihi wassallam tidak keluar untuk solat bersama.

Akhirnya Kisah Sebenar TGNA Bangun Tahajjud Di Bongkar

Apa motif sebenar tidak diketahui, hanya ustaz tersebut saja yang lebih tahu. Kisah pelik dan karamah ini dinafikan sendiri oleh sepupunya, Mohd Sabri Salleh.  Ikuti tulisan beliau dibawah.

Bismillah...
Suatu cerita pelik yang tersebar sekarang. Di sini sy ingin perbetulkan sedikit apa yang tengah tersebar meluas di media sosial, yg kononnya ia dicakap oleh sepupu sy us Ahmad Dasuki Abd Rani. Sy yakin kemungkinan besar apa yg dsebarkan ini adalah bukan dari beliau. Sbbnya adalah pelik jika keluarga terdekat membuat cerita yang agak tak masuk akal begini. Sbnrnya TGNA telah pun sedar sblm subuh hari pertama beliau dimasukkan ke wad ICU 2 delima, HUSM. Selepas subuh hari itu beliau telah mampu minum dan order teh o suam. Sy berada di wad sejurus selepas subuh dan lihat sendiri TGNA minum dan order teh o suam. Diharapkan semua pihak agar hentikan sebaran perkara ini kerana bimbang salah faham akan berlaku. Allahua'lam.

Dalam pada itu Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dikatakan telah menafikan membuat kenyataan tersebut. Ikuti video tentang kejadian pelik dan tahajjud TGNA ketika berada di ICU dibawah, semoga TGNA akan terus diberi rahmat dan kesihatan olehNYA, Insyaallah....





sumber
http://www.abuaqifstudio.com/2015/01/kisah-karut-tahyul-nik-aziz-tahajjud-di-icu-dibongkar-oleh-sepupu-dasuki.html



3 comments:

  1. Membandingkan Nabi Muhammad SAW dengan umatnya merupakan sesuatu yang biadab dan tidak masuk akal

    Sekadar pendapat peribadi...

    BalasPadam
  2. Ko ni paham ke tidak ayat tu?

    BalasPadam

Komen anda semua amat di hargai, Bagaimanapun anda dinasihatkan agar memberikan komen secara berhemah. Sebarang komen berunsur backlink dan provokasi akan dipadamkan kecuali atas pertimbangan admin. Terima kasih kerana mengunjungi Kezoom.